saya suka...
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betulsungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bilatakut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa 'dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!
Saya sedih...
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwasemoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-eloknanti awak sakit saya juga yang susah hatibla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!Cuba semak apa yang sedang berlaku.
Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini.
Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan barunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.
Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing.
Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu. Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.
Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya. Wajib menasihati di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama.
Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat lagi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra.
Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan.
Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mengapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling berharga dalam hidup?
Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum memulaukan atau memukul tanpa mencederakannya. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka.
Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”Sentuhan jiwaTidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda.
Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung.
Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menadaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas.
Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,". Segera beliau menyampuk, "Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi," Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak sekarang,"
Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata,"
Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,"
Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang. Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya
Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya.
Wassalam.
dipetik oleh: fauzynm.blogspot.com

Dunia diantara dua cahaya atau sempadan warna,sebenarnya diukur dlm islam sebagai peralihan waktu sembahyang.Waktu-waktu peralihan ini adalah permulaan cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Penyembuhan atau penyakit paling aktif akan berlaku akan berlaku di sempadan warna ini. Percayalah masih banyak lagi misteri dlm peralihan waktu cahaya ini. Oleh itu WARNA adalah kuasa rawatan yg amat relevan & paling menyeluruh kerana tubuh kita diselubungi dan dipenuhi dgn tahap² meridian kuasa WARNA yg paling menakjubkan. CAHAYA menghasilkan tenaga tekanan apabila berlaku pertembungan udara panas dan lembab dgn udara sejuk dan kering.cahaya ada gelombang elektrik dan dlm cahaya ada warna.Setiap kali azan(masuknya waktu solat)atmosfera akan menjadi sejuk dan gelombang ini akan menyebabkan satu tekanan rendah berlaku(terjadinya getaran).Peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Melengah-lengahkan waktu solat akan mendedahkan seseorang kepada tekanan rendah yg boleh menjejaskan aktiviti sel.
CARTA PERALIHAN WARNA/WAKTU SOLAT
Peralihan Warna
Waktu Solat
Maksud Warna
Biru Muda Subuh
Penawar/Komunikasi
Kuning
Zohor
Ceria
Oren
Asar
Kreatif
Merah Hati
Maghrib
Keyakinan
Indigo(kegelapan)
Isyak
Ketenteraman/Kedamaian
Inilah rahsia mengambil wudhuk lima kali sehari yg bertepatan dgn konsep basah dan kering secara berulang-ulang bagi mengimbangi wap-wap air di persekitaran tubuh dan di waktu inilah perlu diambil kesempatan atau dijadikan amalan untuk rawatan pelbagai penyakit misteri dan kronik
http://www.freewebs.com/cvtherapy/bahanbacaan.htm

Perasaan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal sama ada kita sudah terkena penyakit ‘chicken pox’ dan sebagainya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya ada 10 pembahagian iaitu:
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Kelima, Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Keenam, Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Ketujuh, Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau di caci manusia.
8. Kelapan, Di dalam organisasi atau jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Kesembilan, Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Kesepuluh, Tidak marah malah gembira, bila muncul seseorang yang baru menjadi
ketua namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah .
Dalam kata-kata ulamak, ada yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang pekat legam . Betapa besarnya hati manusia itu, apabila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta’ala.
Keikhlasan adalah asas kepada kehidupan seseorang. Allah S.W.T berfirman; Maksudnya:
“ Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan (yakni keyakinan yang ikhlas kepada Allah) dan lagi tetap teguh atas tauhid”.

Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you’ll get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil “golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you’ll get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?