Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat
dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku
pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku
campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok
macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga.
Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar
untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun,
aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah
ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku
herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk
depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap
tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku
datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak
dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang
kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku
dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.
Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia
takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa
Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan
inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban
nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu
agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan
buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang,
jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas
solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah
dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu
lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak
lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil
dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai
bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang
berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai
bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan
kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala
dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik
pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat
sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan
ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak
50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak
remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh
aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan
ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".
Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa
yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan
air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak
terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik
Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah
kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh
meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan
khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan
mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat
kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu