Rahsia Bunga Ros/mawar

5:26 AM

Bunga ros adalah lambang ratu bunga dan ibu segala bau-bauan. Keindahan dan keharuman bunga ini di hujung batang yang panjang, kuat dan berduri. Allah menciptakan kejadian yang pertama dan terulung adalah roh kenabian. Roh ini berasal dari cahaya Allah (nurrullah). Allah tidak akan menjadikan alam ini seandainya Dia tidak menjadikan roh kenabian mendahului segala asal penciptaan. Roh kenabian itu amat terang membakar dan sinarnya membahang hingga ia berpeluh, dari peluh Roh inilah Allah menciptakan roh bunga ros yang merupakan asalnya ilmu aromatherapy.

Roh atau zat bunga ros ini menjadi ubat penyembuhan Landskap Rohani seorang salik yang dianggap bahawa roh atau zat bunga ros yang sempurna ada dalam badan manusia. Zat bunga ini amat bernilai untuk mengimbangkan diri manusia yang tidak seimbang. Roh bunga ros ini mengandungi zat yang paling baik dan halus sekali, maka ia selalu digunakan untuk meyerap dan menyampaikan berkat. Orang Sufi tidak memakai minyak ros yang bercampur dengan alcohol. Kerana campuran alcohol ini akan memusnahkan dan membunuh zat bunga tersebut. Oleh yang demikian campuran alcohol pada minyak ros tiada esensi penyembuhan dan perubatan dan amat tidak sesuai dalam menigkatkan kualiti landskap rohani.
Riwayat zaman sahabat bahawa sahabat telah mengikut nabi Muhammad saw berjalan dan memungut titisan peluh baginda dan mendapti peluh baginda harum semerbak dan ianya terlebih harum dari segala bau-bauan dunia. Sebab peluh itu wangi kerana peluh itu mengandungi zat rohnya. Sedarlah aku, kamu dan kita bahawa keharuman roh atau zat bunga terbitnya dari keharuman Roh kenabian yang utama dan pertama dijadikan Allah.
Ros itu sifatnya sejuk dan kering yang digunakan dalam ilmu aromatheraphy dan terdapat lebih 300 jenis bunga ros yang tidak diwartakan. Tidak ramai yang menyimpan minyak attar bunga ros dan dikatakan minyak attar bunga ros yang terbaik adalah minyak attar bunga ros Bulgaria yang bernilai US 350.00 satu auns.
Bagaimana bunga ros ini dikatakan sebagai agen perubatan dan penyembuhan (dengan izin Allah) landskap rohani, ialah kerana minyaknya amat kurang sekali toksidnya. Bau wangian aromatheraphy bunga ros ini membersih dan memperkukuhkan fizikal, mental dan penenang kesentrasi pada landskap alam kerohanian. Ianya boleh dijadikan sebagai minuman yang lazat dengan menitiskan setitik minyak bunga ros ke dalam segelen air, air ini disebatikan. Jika kita mengambil pula setitis air tersebut dan titik ke dalam segelen air yang lain ianya dapat dijadikan air yang memuaskan apabila diminum. Inilah minyak sejuta rahsia alam yang dikurniakan kepada hamba yang dirahmati meskipun setitis masih berkuasa mewangikan air meskipun dilarutkan hingga sujuta kali.


Ada riwayat menceritakan semasa perkahwinan Shah Jehan dengan isterinya Noor Jehan(mumtaz) adalah titik tolak pertama penemuan extrak pati minyak bunga ros ini. Dikhabarkan semasa hari perkahwinan tersebut Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan kelopak dan air ros yang menerbitkan bau wangian yang luar biasa meliputi negerinya. Ketika bahang mentari yang panas membakar menyinari akan parit yang berisi air ros bersinar-sinar memancar dari parit itu yang mana panas matahari menyebabkan minyak terbit dari air ros tersebut. Minyak itu terapung di atas air dan minyak itu diambil. Adalah diceritakan orang-orang Indialah yang primier dalam mengektrak pati minyak bunga ros dan adalah tidak hairan dikatakan melalui fakta lisan miyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria yang mencecah nilai US450.00 per auns. Untuk mengektrak pati tulen attar miyak bunga ros memerlukan 60,000 paun kelopak bunga ros yang hasilnya hanya 1 kg sahaja.
Dipetik oleh: http://landskap-rohani.blogspot.com/2009/09/roh-bunga-ros-dalam-landskap-rohani.html

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook