Inilah air paling sedap di Dunia?

7:13 PM

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun.

Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu." Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu.






1- Air Mata yang paling hebat adalah Air Mata Kemenangan.
2-Air Mata yang tidak berdosa adalah Air Mata Kanak-kanak.
3- Air Mata yang amat memberi kesan adalah Air Mata Taubat.
4- Air Mata yang paling melemahkan adalah Air Mata Wanita.
5- Air Mata yang paling Indah adalah Air Mata Kemaafan.
6- Air Mata yang Sedih adalah Air Mata memberi kelapangan.
7- Air Mata yang memberi Kebahagiaan adalah Air Mata Kejayaan.
8- Air Mata yang paling amat menduga adalah Air Mata Kesakitan.
9- Air Mata yang paling memberi Pengajaran adalah Air Mata Penyesalan.
10- Air Mata yang paling menipu adalah Air Mata Buaya.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook