Cuti-cuti Singapore
8:25 PM
Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita kelima tertinggi di dunia. Bidang eksport, perindustrian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi Singapura, Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² tercantum kepada Johor melalui sebuah tambak di Woodlands. Singapura juga mempunyai sebuah jambatan (Laluan Kedua Malaysia-Singapura) yang bersambung dengan kawasan Gelang Patah di Johor. Jambatan tersebut dikenali sebagai 'Linkedua' di Malaysia. Singapura memiliki beberapa pulau-pulau kecil yang lain seperti Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Pulau Sentosa.
Sekiranya anda ingin melancong ke Singapura pastikan anda:-
* Tidak memakan/membawa gula getah kerana republik ini mengharamkan gula-gula getah.
* Tidak meludah dan membuang sampah
* melintas dengan beretika dan mematuhi lalulintas
Tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi:
* Patung Merlion dan Esplanade
* Univesal Studio
* Sentosa Island
* Resort World Sentosa
* Arab Street
0 ulasan