Nilai Keikhlasan..

1:33 AM

Perasaan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal sama ada kita sudah terkena penyakit ‘chicken pox’ dan sebagainya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya ada 10 pembahagian iaitu:
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Kelima, Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Keenam, Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Ketujuh, Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau di caci manusia.
8. Kelapan, Di dalam organisasi atau jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Kesembilan, Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Kesepuluh, Tidak marah malah gembira, bila muncul seseorang yang baru menjadi

ketua namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah .
Dalam kata-kata ulamak, ada yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang pekat legam . Betapa besarnya hati manusia itu, apabila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta’ala.

Keikhlasan adalah asas kepada kehidupan seseorang. Allah S.W.T berfirman; Maksudnya:
“ Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan (yakni keyakinan yang ikhlas kepada Allah) dan lagi tetap teguh atas tauhid”.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook